Highlight
◎
Menangani isu-isu yang menghalang ketersediaan kesalinghubungan digital yang berkualiti tinggi dan mampu milik secara meluas
Menyokong keperluan Negara pada masa hadapan dan memanfaatkan peluang-peluang yang ditawarkan oleh perkhidmatan / teknologi baharu
Memperjelaskan hala tuju strategik bagi menyokong ekonomi digital dan penggunaan teknologi masa hadapan
Perjalanan NFCP
Peta Jalan NFCP
Lembaran Fakta NFCP
Menguruskan dana untuk NFCP dari pelbagai sumber dengan berhemah dan lestari (sustainable), dan menggunakan dasar-dasar dan instrumen-instrumen kawal selia yang berkaitan, di mana perlu
Pelan Tindakan
Penilaian tentang mekanisma pembiayaan yang sesuai
Menyokong akses kepada perkhidmatan jalur lebar yang lebih meluas dengan menilai dan menggalakkan komponen yang dikenalpasti
Kajian semula rangka kerja Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS)
Menambahbaik peruntukan persaingan sedia ada dan instrumen perundangan seperti Kod, Standard dan lain-lain di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
MengOptimumkan pembangunan dan penyediaan infrastruktur digital di seluruh negara, dan menyelesaikan kekangan-kekangan yang berkaitan
Menangani isu pemerolehan tapak / hak laluan (RoW)
Menaiktaraf infrastruktur sedia ada dan menambahbaik penyediaan infrastruktur baharu
Menggalakkan perkongsian infrastruktur
Mengoptimum peruntukan spektrum
Memudahcara perkhidmatan / teknologi masa hadapan
Pengukuran kelajuan / kualiti perkhidmatan jalur lebar yang efektif
Menggalakkan persaingan dan memacu pelaburan (bagi aktiviti-aktiviti utama yang strategik)
Kajian semula strategik pasaran komunikasi
Menghubungkan Rangkaian serantau dan antarabangsa dengan rangkaian domestik secara meluas
Menggalakkan pelaburan dalam kabel dasar laut dan penyediaan pusat pendaratan di Malaysia. Menambahbaik kesalinghubungan kabel dasar laut antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak secara signifikan.
Meningkatkan kesalinghubungan di sektor-sektor sosio-Ekonomi berimpak tinggi seperti pendidikan, pertanian dan penjagaan kesihatan, perusahaan kecil dan sederhana serta kawasan kurang liputan
Menggalakkan pertumbuhan yang seimbang di semua negeri
Inisiatif-inisiatif spesifik untuk Sabah dan Sarawak
Penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk memastikan liputan jalur lebar seluruh negara yang menyokong keperluan sektor-sektor sosio-ekonomi berimpak tinggi seperti pendidikan, pertanian dan penjagaan kesihatan (healthcare), perusahaan kecil dan sederhana serta kawasan kurang liputan
Memastikan ketersediaan rangkaian gentian optik untuk kawasan-kawasan utama seperti sekolah, hospital, perpustakaan, balai polis dan pejabat pos
Pakej permulaan jalur lebar talian tetap pada kadar 1% Pendapatan Negara Kasar (PNK / GNI) menjelang tahun 2020
Ketersediaan kelajuan Gigabit di kawasan perindustrian terpilih menjelang 2020 dan ke semua Ibu Negeri menjelang tahun 2023
100% premis di Ibu Negeri dan kawasan berimpak tinggi terpilih, seperti hab pengangkutan awam dan pelabuhan, tersedia dengan capaian minima 500Mbps menjelang tahun 2021
20% premis di kawasan pinggir bandar dan luar bandar tersedia dengan capaian sehingga 500Mbps menjelang tahun 2022
Rangkaian gentian optik meliputi 70% sekolah, hospital, perpustakaan, balai polis dan pejabat pos menjelang tahun 2022
Kelajuan purata 30Mbps di 98% kawasan berpenduduk menjelang tahun 2023
Penambahbaikan kepada liputan perkhidmatan mudah alih di sepanjang lebuhraya Pan Borneo (setelah selesai pembinaan)
2020
Laporan Akhir Mengenai Peruntukan Jalur-Jalur Spektrum Bagi Perkhidmatan Jalur Lebar Mudah Alih Di Malaysia. [Berita Rasmi]
Pengkomersilan 5G Bakal Mengubah Tahap Kesalinghubungan di Malaysia. [Berita Rasmi]
Majlis Projek Demonstrasi 5G Malaysia telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) pada 19 Januari. [Berita Rasmi] [Gambar] [Gambar]
Majlis Penyerahan Laporan Pasukan Petugas Khas 5G pada 20 Januari. [Laporan] [Gambar]
NFCP 1 : Penganugerahan dan Pelaksanaan Projek. [Perincian] [FAQ]
RM3 Bilion Diperuntukkan Untuk Pelaksanaan Inisiatif NFCP Sepanjang Tahun 2020. [Berita Rasmi]
Notice of Amendment III : Invitation to Register Interest and Submit a Draft Universal Service Plan for NFCP2. [Perincian]
Notice of Amendment II : Invitation to Register Interest and Submit a Draft Universal Service Plan for NFCP3. [Perincian]
Siri Makmal Infrastruktur Digital Negara Bukti Komitment Kerajaan untuk Pertingkat Kesalinghubungan Digital pada 13 Julai - 14 Ogos 2020. [Berita Rasmi]
MCMC And MyCC Bekerjasama Tangani Perjanjian Eksklusif Di Bangunan Tinggi. [Berita Rasmi]
2019
Pelaksanaan projek rintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) oleh Tenaga Nasional Berhad di Jasin, Melaka pada 8 Januari 2019. [Berita rasmi] [Gambar] [Video]
Pelancaran projek rintis pasaran syarikat YTL Communications dan Facebook Terragraph di bandar Georgetown, Pulau Pinang pada 18 Februari 2019. [Berita rasmi] [Gambar]
Majlis Pelancaran Perasmian Pameran 5G Malaysia oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad di Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 18 April 2019. [Berita rasmi] [Gambar] [Video]
Forum Digital Outlook Series 2019 telah dijalankan pada 19-20 April 2019 bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya, bersempena dengan pelancaran Pameran 5G Malaysia. [Perincian]
Bengkel Pemantapan Infrastruktur Digital Negara telah diadakan pada 8-9 Mei 2019. [Perincian] [Gambar]
Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama MCMC telah mengadakan mesyuarat bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif syarikat-syarikat telekomunikasi utama negara pada 11 Mei 2019, bagi membincangkan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Pulau Pinang. [Berita Rasmi] [Gambar]
Sesi libat urus Pengerusi MCMC bersama Menteri Besar Perak pada 14 Mei telah diadakan bagi membincangkan tentang Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) [Gambar].
Sesi kunjungan hormat YB Menteri KKMM ke atas Ketua Menteri Melaka pada 24 Mei. [Gambar]
Sesi kunjungan hormat Pengerusi MCMC ke atas Menteri Besar Selangor pada 29 Mei. [Gambar]
Mesyuarat Pengerusi MCMC dan Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif industri telekomunikasi bersama Menteri Besar Kedah telah diadakan pada 30 Mei. [Gambar]
Sesi kunjungan hormat Pengerusi MCMC ke atas Ketua Menteri Sarawak pada 31 Mei. [Gambar]
MCMC alu-alukan komitmen TM dalam penyelesaian perkhidmatan Streamyx untuk pastikan tiada pengguna terpinggir dalam era digital yang sedang pesat berkembang. [Berita Rasmi]
Sesi libat urus Pengerusi MCMC bersama Ketua Menteri Sabah pada 21 Jun telah diadakan bagi membincangkan tentang Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). [Gambar]
Panggilan Untuk Kerjasama Dalam Projek Demonstrasi 5G. [Berita Rasmi]
Sesi libat urus Pengerusi MCMC bersama Menteri Besar Kedah pada 4 Julai telah diadakan untuk membincangkan tentang Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dan kerjasama bagi pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Kedah. [Gambar]
Sesi libat urus Pengerusi MCMC bersama Menteri Besar Pahang pada 5 Julai telah diadakan bagi membincangkan tentang meningkatkan capaian Internet menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). [Gambar]
MCMC mulakan Siasatan Awam mengenai peruntukan jalur spektrum. [Sisipan Berita]
Soal selidik Permintaan Jalur Lebar 2019 bagi pengguna Individu, Perniagaan dan Sektor Awam dijalankan untuk mengumpul data berkaitan permintaan jalur lebar di Malaysia. Tempoh soal selidik ini adalah dari 16 September sehingga 31 Oktober 2019. [Pengumuman]
Sesi libat urus Pengerusi MCMC bersama Menteri Besar Negeri Sembilan pada 19 Julai telah diadakan bagi membincangkan tentang peningkatan capaian Internet menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). [Gambar]
Pertemuan susulan Pengerusi MCMC bersama Menteri Besar Negeri Sembilan pada 23 Julai telah diadakan bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama untuk meningkatkan capaian Internet menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). [Gambar]
Sesi libat urus Pengerusi MCMC bersama Menteri Besar Selangor pada 24 Julai telah diadakan bagi membincangkan tentang Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). [Gambar]
Sesi libat urus Pengerusi MCMC bersama Menteri Besar Perlis pada 26 Julai telah diadakan bagi membincangkan kolaborasi dengan kerajaan negeri tentang peningkatan capaian Internet menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). [Gambar]
Pengerusi MCMC Al-Ishsal Ishak telah melancarkan Ujian Lapangan Berkelompok 5G Secara Langsung yang pertama di Malaysia pada 26 Julai di Ibu Pejabat Celcom, Petaling Jaya. [Gambar]
Majlis Penyerahan Laporan Separuh Penggal Pasukan Petugas 5G Kebangsaan pada 29 Julai kepada YB Gobind Singh Deo. [Gambar]
Sesi libat urus Pengerusi MCMC bersama Menteri Besar Terengganu telah diadakan pada 31 Julai bagi membincangkan tentang peningkatan capaian Internet menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). [Gambar]
Sesi perbincangan diketuai oleh Pengerusi MCMC bersama Naib Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd dan pegawai-pegawai kanannya di ibu pejabat MCMC pada 1 Ogos. Antara intipati perbincangan termasuklah kes-kes kepenggunaan berkaitan tentang 5G untuk Proton. [Gambar]
Sesi libat urus bersama Pengerusi MCMC bersama Menteri Besar Johor telah diadakan pada 5 Ogos bagi membincangkan tentang Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). [Gambar]
Sesi libat urus Pengerusi MCMC bersama Menteri Besar Kelantan telah diadakan pada 7 Ogos mengenai jalinan kerjasama kerajaan negeri bagi meningkatkan capaian Internet menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). [Gambar]
Pertemuan susulan Pengerusi MCMC bersama Ketua Menteri Melaka telah diadakan pada 9 Ogos bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama di antara kedua-dua pihak mengenai capaian Internet di negeri itu menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), penambahbaikan kepada infrastruktur telekomunikasi dan gentian optik serta penubuhan jawatankuasa untuk memantau pelaksanaan NFCP di Melaka. [Gambar]
Rundingan Awam berkenaan dapatan dan cadangan Pasukan Petugas Khas 5G kepada Kerajaan. [Pengumuman]
Sesi libat urus Pengerusi MCMC bersama Menteri Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 16 Ogos mengenai jalinan kerjasama bagi meningkatkan capaian Internet menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). [Gambar]
Sesi libat urus Pengerusi MCMC bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia telah diadakan pada 17 Ogos pada sebuah sesi taklimat mengenai jalinan kerjasama dan penglibatan Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi meningkatkan capaian Internet menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFC), pembangunan infrastruktur digital, teknologi 5G serta pemantapan sektor pos dan kurier di seluruh negara. [Gambar]
Pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) menerima persetujuan Jemaah Menteri. [Pengumuman]
MCMC jelas dakwaan mengenai Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). [Berita Rasmi]
Sesi taklimat Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bersama pihak media telah diadakan pada 5 September. [Gambar]
Sesi libat urus oleh Pengerusi MCMC bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar telah diadakan pada 10 September bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama untuk NFCP, 5G, Pusat Internet di antara kedua-dua pihak. [Gambar]
Pertemuan di antara Pengerusi MCMC bersama Menter Besar Perlis telah diadakan pada 12 September bagi membincangkan potensi jalinan kerjasama untuk meningkatkan capaian Internet menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). [Gambar]
Majlis Pelancaran Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) telah diadakan pada 19 September 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). [Berita Rasmi] [Gambar] [Agenda]
Laporan Siasatan Awam mengenai peruntukan jalur spektrum dikeluarkan pada 29 September 2019. [Pengumuman]
Malaysia menuju ke arah 5G dengan projek-projek demonstrasi bermula Oktober 2019. [Berita Rasmi]
Taklimat media sempena projek demonstrasi 5G Malaysia telah diadakan pada 30 September. [Gambar]
Pembentangan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) telah dibentangkan oleh Pengerusi MCMC yang bertajuk "National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) Driving Malaysia Towards 5G" pada 11 Oktober di Persidangan "Selangor Smart City & Digital Economy 2019" di MITEC, Kuala Lumpur. [Gambar]
Belanjawan 2020 Wujudkan Negara yang Bersatu, Inklusif dan Saksama, Selain Menjadi Pemangkin Ekonomi. [Berita Rasmi]
Kunjungan hormat Pengerusi MCMC ke atas Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 22 Oktober dalam meningkatkan kesalinghubungan dan juga mengenai penyediaan perkhidmatan jalur lebar di Projek Perumahan Rakyat PPR bagi merapatkan jurang digital. [Gambar]
Invitation to Register Interest and Submit a Draft Universal Service Plan as a Universal Service Provider under the National Fiberisation and Connectivity Plan 2 (NFCP 2) Initiative. [Announcement]
NFCP 1 akan dianugerahkan kepada pemegang lesen yang berjaya pada awal Januari 2020. [Berita Rasmi]
Pengerusi MCMC menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat pada 16 Disember bagi membincangkan tentang teknologi 5G, pengurusan spektrum, polisi infrastruktur jalur lebar dan inisiatif advokasi. [Gambar]
Sesi Taklimat Industri Komunikasi dan Multimedia bersama para penganalisis telah diadakan pada 18 Disember. Taklimat ini mengenai perkembangan industri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia dan usaha MCMC dalam menyediakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), Digital TV, teknologi 5G dan Pelan Strategik 2020. [Gambar]
Penyerahan Laporan Akhir oleh Pasukan Petugas Khas 5G kepada Pengerusi MCMC pada 18 Disember. [Gambar]
Laporan Akhir Mengenai Peruntukan Jalur-Jalur Spektrum bagi Perkhidmatan Jalur Lebar Mudah Alih di Malaysia. [Berita Rasmi] [PDF]
2018
YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tuan Gobind Singh Deo mengumumkan inisiatif kerajaan iaitu “kelajuan dua kali lebih pantas, pada separuh harga”.
YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tuan Gobind Singh Deo mengumumkan sasaran awal untuk Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). [Ucapan Menteri]
Cyberjaya dan Putrajaya akan dijadikan kawasan ujian rangkaian untuk percubaan rangkaian 5G bermula November 2018 sehingga 31 Oktober 2019, seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Perundingan Industri dengan pemegang lesen MCMC tentang draf NFCP telah dijalankan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 29 Oktober 2018. Maklumbalas yang diterima hasil daripada perundingan ini akan diambilkira untuk mempertingkatkan objektif-objektif NFCP. [Dokumen]
MCMC menerbitkan panggilan untuk menyertai ujian rangkaian 5G. [Pengumuman]
Pembentukan Pasukan Petugas 5G di kalangan MCMC, pemain-pemain industri, pembekal-pembekal teknologi, agensi-agensi kerajaan, pihak akademik dan pihak berkepentingan yang lain. [Berita rasmi]
- Muat naik 14 Feb 2020
- Muat naik 20 Jan 2020
- Muat naik 31 Dis 2019
- Muat naik 29 Mac 2019
- Muat naik 14 Jan 2019
NFCP
Kisah Kejayaan Jalur Lebar - Siok Bah
Kisah Kejayaan Jalur Lebar - Ikon Komuniti