Majlis Pelancaran NFCP

Maklumat Program


Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan menyempurnakan pelancaran Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang bakal diadakan pada 19 September 2019 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis Pelancaran ini diadakan bagi membolehkan semua pihak mendapat gambaran yang lebih terperinci mengenai NFCP, sekaligus memberikan sokongan terhadap pelaksanaan pelan ini.

Surat jemputan untuk majlis ini telah dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pengesahan kehadiran boleh dibuat sebelum 17 September 2019 ke nfcp.launch@mcmc.gov.my.

Agenda