5G di Hospital Sultanah Maliha, Pulau Langkawi
Digi Telecommunications Sdn Bhd telah mengaktifkan perkhidmatan 5G FWA di Hospital Sultanah Maliha, Pulau Langkawi. Perkhidmatan ini bertujuan menampung keperluan telekomunikasi semua kakitangan unit kecemasan, pesakit dan pelawat. U Mobile Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan 5G FWA dikhaskan kepada kakitangan unit kecemasan di hospital dan pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) untuk memudahkan perkhidmatan konsultasi jarak jauh dengan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Galeri
5G di Pusat Kuarantin MAEPS dan ILKKM, Selangor
Telekom Malaysia Berhad (TM) telah memasang stesen pemancar 5G di dua (2) pusat kuarantin COVID-19 di Selangor iaitu di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh bagi menyediakan akses WiFi percuma dengan rangkaian 5G kepada pengguna-pengguna di situ.
Dron Rondaan dan Pengumuman Awam PDRM
MCMC dengan kerjasama syarikat Aerodyne Ventures menawarkan perkhidmatan dron Rondaan dan Pengumuman Awam untuk membantu pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melakukan pemantauan OP COVID-19.
Pusat Kawalan Keselamatan 5G di Ibu Pejabat Polis Daerah, Pulau Langkawi
Celcom Axiata Berhad bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi dan Majlis Perbandaran Langkawi untuk melaksanakan pemantauan keselamatan bagi kes-kes kegunaan penyelesaian bandar pintar yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) dan analisis video dengan kualiti gambar berdefinisi tinggi untuk fungsi keselamatan seperti pengecaman wajah, analisis rakan sebaya, pelanggaran lalu lintas dan analisis kenderaan. Ciri-ciri teknologi 5G yang berkependaman rendah dan penghantaran data berkelajuan tinggi ini amat bermanfaat untuk pihak penguatkuasa menjalankan pemantauan dalam masa nyata dan mengambil tindakan penguatkuasaan segera.
Pusat Kawalan Keselamatan 5G di Pejabat Daerah dan Tanah, Pulau Langkawi
Pusat Kawalan 5G (5GCC) yang terletak di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi kini digunakan sebagai pusat kawalan rasmi untuk membantu pihak-pihak berkuasa dalam pemantauan keselamatan di beberapa lokasi tertentu seperti Jalan Pantai Chenang, Jalan Persiaran Putra dan Pantai Chenang. Kes-kes kegunaan yang dibangunkan oleh pihak TM seperti Penyelesaian Lampu Isyarat Pintar, Penyelesaian Keselamatan dan Pengawasan Pintar dan Penyelesaian Parkir Pintar amat membantu pihak-pihak berkuasa tempatan untuk memantau pergerakan penduduk terutamanya dalam situasi masa kini.
Tangani Maklumat Yang Tidak Sahih Mengenai COVID-19 - Tip #6
Tangani Maklumat Yang Tidak Sahih Mengenai COVID-19 - Tip #5
Tangani Maklumat Yang Tidak Sahih Mengenai COVID-19 - Tip #4
Tangani Maklumat Yang Tidak Sahih Mengenai COVID-19 - Tip #3