PEMERKASA

 

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diumumkan Perdana Menteri, telah memberi kelegaan kepada kepada rakyat dalam memastikan tiada kumpulan masyarakat yang tercicir.

#MyBaikHati adalah satu inisiatif di bawah PEMERKASA untuk kempen kutipan peranti terpakai dan seterusnya akan diagihkan untuk kegunaan rakyat di Pusat Internet Komuniti dan keluarga B40.

Semasa Belanjawan 2021, Kerajaan juga telah mengumumkan Program Jaringan Prihatin bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat akses kepada internet, merapatkan jurang digital golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara.


Melalui inisiatif 'Mengurangkan Jurang Digital' :

  1. Peruntukan 3.2 bilion

  2. Program MyBaikHati (Inisiatif Crowsourcing Peranti)

  3. Subsidi Pembelian Telefon RM300

  4. Perkhidmatan 5G komersil