PENJANA


Matlamat #Belanjawan2021 merupakan kesinambungan pakej PRIHATIN dan PENJANA dengan pendekatan lebih bersasar, juga menumpukan kemampanan kewangan Kerajaan, keseimbangan pembangunan antara wilayah dan nilai-nilai murni membentuk ekonomi.

Bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat, Kerajaan juga akan memastikan pembangunan yang lebih berimbang dan kehidupan sejahtera melalui peningkatan kemudahan sosial kepada rakyat ke arah kesalinghubungan digital. Pembangunan infrastruktur dan penaiktarafan  rangkaian asas telekomunikasi adalah perlu bagi memastikan kelangsungan gaya hidup digital berterusan.