PERMAI

Bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19, kerajaan mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion. Pakej bantuan terbaru ini dilaksanakan dengan tiga matlamat, iaitu memerangi pandemik COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Pelanjutan Tempoh Capaian Internet Percuma dan Pakej Telekomunikasi Khas adalah Inisiatif-inisiatif di dalam pakej PERMAI bagi membantu rakyat, perniagaan dan melindungi ekonomi negara.

Melalui inisiatif ' Memelihara Kebajikan Rakyat':

 

1) Pelanjutan Tempoh Capaian Internet Percuma
Pemberian data 1 Gigabit secara percuma dilanjutkan sehingga 30 April 2021.

2) Pakej Telekomunikasi Khas
Pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi, sehingga hujung April 2021.